Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Antara sahabat,kawan dan lawan

Imej
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Orang yang suka mengkhianati sahabat sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya. Sahabat yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir di pantai tetapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu. Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak terkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus. Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab. Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pad...

Perancangan demi perubahan

Imej
PERUBAHAN memerlukan perancangan yang sistematik dan berhati-hati kerana apa juga bentuk perubahan yang ingin dilakukan, persediaan awal perlu diberi keutamaan. Niat untuk berubah daripada satu keadaan atau sikap yang mundur, ketinggalan, kegagalan, kepada satu keadaan dan sikap yang lebih baik serta cemerlang ialah satu keinginan yang murni. Inilah keinginan yang perlu ada dalam diri setiap individu untuk berubah kepada satu keadaan yang lebih baik. Hakikat itu dituntut dalam ajaran Islam sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran, menerusi ayat 11, surah Al-Ra'd yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". Seorang remaja sudah pasti ingin menjadi  dewasa yang berjaya, begitu juga seorang pelajar sudah tentu ingin menjadi seorang pelajar yang cemerlang hingga ke menara gading. Seorang pekerja pula pasti bercadang menambah kemahiran diri agar dapat menin...