Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN-FELDA Bagi Generasi Baru FELDA

FELDA tidak menyediakan biasiswa kepada anak/ cucu peneroka atau anak kakitangan FELDA. Berikut ialah polisi pendidikan FELDA kepada anak/cucu peneroka atau anak kakitangan FELDA yang sedang diguna pakai sekarang.

1)   Polisi FELDA bermula tahun 2014 hingga kini hanya memberi pinjaman pendidikan melalui Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN hanya kepada ANAK PENEROKA FELDA SAHAJA untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) yang tepilih sahaja. Faedah ini menggantikan Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF)

2)    Minit Mesyuarat Lembaga FELDA Bil. 321 bertarikh 1 Disember 2014 telah meluluskan mekanisme pelaksanaan Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi anak-anak peneroka FELDA

3)    Melalui faedah ini, FELDA tidak lagi menyediakan sebarang bentuk pinjaman kepada cucu peneroka untuk semua kursus peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda. Pinjaman hanya kepada anak peneroka sahaja.

4) Manakala Mesyuarat Lembaga FELDA April 2016 pula telah meluluskan untuk memperluaskan faedah ini kepada cucu peneroka dan anak kakitangan serta kadar faedah baru mengikut purata nilai gred keseluruhan (PNGK) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

5)    Semua pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik seluruh Malaysia dalam pelbagai kursus dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, layak mendapat faedah ini.

6)  Manakala Kolej/ Universiti Swasta pula adalah terhad kepada kolej / US yang menjadi panel FELDA-PTPTN dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.



Syarat-syarat Permohonan

v  Pemohon bertanggungjawab memohon sendiri UA/Kolej/US dan PTPTN tahun semasa

v  SEMUA UA dan US yang berdaftar FELDA SAHAJA (akan berubah dari semasa ke semasa)

v  Mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di institusi pengajian tinggi yang terpilih

v  Pemohon yang mendapat tawaran PTPTN dikehendaki :

ü  Mengisi borang daftar  (rekod) dari rancangan dan borang faedah pengurangan
ü  Memajukan borang tersebut dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat kelulusan PTPTN dikeluarkan kepada rancangan atau Wilayah terlibat bagi anak/ cucu peneroka dan anak kakitangan ibu pejabat pula terus ke Jabatan Pendidikan FELDA, Ibu Pejabat FELDA

Selepas TAMAT pengajian :

v   Pemohon hantar ke FELDA keputusan akhir peperiksaan / transkrip akademik

v   Pemohon yang berjaya tamatkan pengajian SAHAJA layak

v   DISKAUN 30% akan dibayar oleh FELDA ke PTPTN mengikut CGPA yang ditetapkan oleh FELDA untuk peringkat Diploma dan Peringkat Ijazah pula seperti bayaran balik di bawah bermula pengajian 2016 ;



Semoga perkongsian ini membantu anda...

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi :


Cik Nik Nurhidayah Nik Man
Pegawai Tadbir
Unit Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan
FELDA
Aras 37 I Menara Felda I Platinum Park I No.11 Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur
No. Tel.: 03-2191 2072/2093
Faksimili : 03-2191 2593













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wany Hasrita - Rintihan Rindu (LIRIK VIDEO)